Saturday 13 May 2017

ZIARAH PERKUBURAN BAQI'

Perkuburan Baqi' perlu diziarahi oleh orang Islam yang menunaikan UMRAH kerana dikatakan hampir 10,000 sahabat-sahabat nabi telah dimakamkan di sana seperti Saidina Uthman ibnu Affan. Di perkuburan Baqi' ini juga terdapat makam isteri-isteri Junjungan kita dan juga anak-anak Bagianda SAW. Pada waktu dahulu, kubur-kubur ini mempunyai penama, tetapi sekarang nama2 tersebut telah dibuang. Jadi susah untuk jemaah ingin mengenal pasti yang mana satu kubur Saidina Uthman, Isteri nabi, anak-anak nabi, dan sebagainya. walaupun begitu, marilah para pengunjung yang mengunjung blog saya ini kita hadiahkan al-Fatihah pada para ahli kubur Baqi'.  AL-FATIHAH

Para jemaah sedang beratur untuk memasuki perkuburan Baqi selepas melalui pintu masuk utama'.

Terdapat sebuah kubur yang besar dan binaan kubur ini agak berbeza dengan kubur2 yang lain di mana kubur ini dapat di lihat semasa mula hendak masuk ke perkuburan Baqi'
Kubur-kubur di Baqi' yang jelas menunjukkan perkuburan ini sangat hampir dengan Masjid Nabawi.
 Berikut merupakan beberapa kubur yang berbeza dengan kubur yang lain:

Kubur anak-anak perempuan Rasulullah iaitu Zainab, Rokiah dan Ummi kalsum.
Kubur anak lelaku Rasulullah SAW

Kubur Abdullah bin Jaafar dan Aqil bin Ali dan disebelah jalan sana ialah kubur isteri-isteri Rasulullah SAW.
Kubur Saidina Uthman Ibnu Affan


Berikut ialah kubur-kubur yang banyak di perkuburan Baqi':
 






Papan arahan bagi para jemaah yang terdapat dalam perkuburan Baqi' di mana ia du tulis dalam 4 bahasa dan salah satu bahasa ialah bahasa Melayu Nusantara.






No comments:

Post a Comment