Thursday 25 May 2017

ZIARAH MEKAH-UMRAH 2017

Jabal Rahmah merupakan bukit yang agak landai dan tidak tinggi di mana ia menjadi sejarah pertemuan Nabi Adam dan Hawa
Ini merupakan monumen yang terletak di atas Jabal Rahmah di mana kebanyakkan jemaah menulis nama mereka dan pasangan mereka.Namun kita tidak digalakkan berbuat demikian dan memadai dengan hanya berdoa di kawasan ini di mana doa di kawasan ini antara yang paling mustajab (Insha Allah)

Pandagan dari atas Jabal Rahmah dapat melihat rumah-rumah dan kawasan di sekitar padang Arafah.


Ini merupakan pintu masuk lelaki ke Masjid Quba di mana setiap jemaah yang ingin mendapatkan ganjaran istimewa perlu mengambil wuduk sebelum bertolak ke masjid Quba dan apabila sampai terus solat sunat di dalam masjid ini.
Pandangan dalam di Masjid Quba

Sembahyang di dalam masjid ini agak teratur kerana tidak ada perebutan tempat solat.


Pintu masujk utama Masjid Quba
Ini merupakan masjid Shamsy Hudaibiyyah di mana ini merupakan salah satu Miqat untuk melakukan umrah


Ini merupakan tanah landai yang menjadi tempat peperangan UHUD di mana pejuang Islam telah diserang balas oleh tentera Kafir Quraisy yang akhirnya menyebabkan 70 orang tentera Islam Syahid termasuk Saidina Hamzah RA. Di dalamnya masih terdapat perkuburan yang masih kelihatan.

Pagar yang menjadi benteng bagi para jemaah melihat sejarah perang UHUD di dalam kawasan ini


Bas yang membawa kami melawat sekitar Mekah



1 comment:

  1. Playtech | Best Online Casino Software | Kadang Pintar
    As one of the largest and most respected names 1xbet in the gaming kadangpintar industry, Playtech develops online casino software for online casino 메리트 카지노 operators.

    ReplyDelete