Tuesday 16 May 2017

TAWAF WADA' & ZIARAH WADA'


Tawaf Wada' iailah tawaf Selamat Tinggal kerana memuliakan dan menghormati Baitullah di Mekah bagi mereka yang hendak meninggalkan Mekah 2 marhalah atau 91 kilometer atau lebih walaupun buat sementara waktu.

Setiap jemah UMRAH yang ingin meninggalkan Mekah lebih 91 kilOmeter WAJIB menunaikan Tawaf Wada'.

Pelaksanaan Tawaf Wada' adalah seperti berikut:
a. berwuduk dan pergi tawaf Wada' dalam tempoh 2 hingga 3 jam sebelum bertolak meninggalkan hotel dan mekah
b. tidak perlu pakai ihram semasa tawaf
c. tidak perlu pergi Miqat untuk niat tawaf
d. Berniat tawaf Wada bagi setiap 7 pusingan di penjuru hajarul Aswad
e. Tidak perlu Saie


  Pesanan: Apabila sudah melakukan Tawaf Wada', para jemaah perlu terus balik ke hotel, kemas barang dan terus bertolak. JANGAN MELEPAK2 di dalam hotel selepas menunaikan Tawaf Wada'. Perlu meninggalkan hotel dan Mekah denga kadar segera dan bukan berniat menangguh atau melambat-lambatkan sesuatu perkara sehingga tertangguh atau terlewat meninggalkan Mekah.

Setiap jemaaah UMRAH yang ingin meninggalkan Madinah di SUNATKAN berziarah SELAMAT TINGGAL kepada Rasulullah SAW sebagai menghormati Baginda.

Cara melakukan Ziarah Wada' ialah dengan memasuki Masjidin Nabawi dan melalui makam Rasulullah dan memberi salam kepada baginda dan membaca doa ziarah Selamat Tinggal ataupun

Jemaah UMRAH memberi salam kepada baginda di mana2 kawasan dalam masjid Nabawi dan berdoa ataupun

Jemaah tidak perlu memasuki masjid Nabawi tetapi memadai dengan memberi salam kepada Rasulullah SAW dan berdoa dari luar masjid Nabawi ataupun

Jemaah hanya perlu berada di luar masjid Nabawi yang terletak betul-betul berhadapan dengan Kubah Masjidin Nabawi yang berwarna hijau.

Bagi jemaah yang datang haid dan nifas, mereka hanya perlu membuat ziarah Waada' dengan mengucapkan salam dan doa dari tempat-tempat yang berhampiran di luar masjid dengan Makan RasulullahSAW.

4 comments:

  1. Choose Cheap Umrah Tours with Al Hijaz Tours and make your hearts feel the high spirits being the guest of Allah. Spend your time in remembrance of Allah, seek his forgiveness and have a memorable time of your journey of Umrah.

    ReplyDelete
  2. People who are interested in taking the journey of Hajj this year can avail the opportunity through Low Cost Hajj Packages by road to Makkah.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Sy membawa anak kecil utk mengerjakan umrah. Semasa sy melakukan tawaf widak isteri sedang menjaga anak. Setelah sy selesai tawaf widak kemudian menunggu isteri utk melakukan tawaf widak, adakah sy dikenakan dam kerana dikira berlengah2 meninggalkan mekah? sy bergilir 2 dengan isteri kerana membawa anak kecil (bergilir2 pegang/jaga anak).

    ReplyDelete